1.0 PERKHIDMATAN PEMBEKALAN
1.1 Platform IoT Enterprise FAVORIOT
Platform ini digunakan untuk mengumpul dan menyatukan data bagi sistem pemantauan suhu dan kelembapan dalaman.
(Platform ini diperakui MySTI)
1.1.1 Pengurusan Peranti
- Sambungan selamat kepada pelbagai jenis peranti IoT dan gateway.
- Pemantauan status peranti secara masa nyata.
- Konfigurasi dan kawalan peranti dari jauh (peranti perlu menyokong penerimaan arahan).
- Pengurusan operasi peranti di dalam platform.
- Menyokong protokol MQTT, CoAP, dan REST.
- Susunan organisasi secara hierarki: Projek, Aplikasi, Kumpulan dan Peranti.
1.1.2 Pengambilan & Penyimpanan Data
- Mampu menerima aliran data berskala besar dan berkelajuan tinggi.
- Menyediakan storan data yang fleksibel untuk pelbagai jenis dan format.
1.1.3 Analitik & Visualisasi
- Visualisasi masa nyata melalui papan pemuka dan widget tersuai.
- Analisis data sejarah untuk mengenal pasti tren dan corak.
- Statistik asas, statistik berkala, pertumbuhan nilai, korelasi parameter, dan peramalan siri masa.
- Penjanaan laporan mengikut keperluan.
- Paparan data boleh dikongsi melalui pautan URL.
- Boleh disambung ke alat analitik pihak ketiga.
1.1.4 Enjin Peraturan
- Menetapkan peraturan dan amaran berdasarkan data masa nyata.
- Mengautomasi tindakan seperti notifikasi e-mel atau Telegram, kawalan peranti, atau pemicu aliran kerja.
1.1.5 API & Integrasi
- API RESTful disediakan untuk integrasi dengan sistem lain (lama atau baharu).
1.1.6 Pemprosesan Gateway Tepi (Edge Gateway)
- Komponen Edge yang menyambungkan gateway IoT kepada platform untuk memproses dan menyimpan data dari peranti hujung.
1.1.7 Ciri Keselamatan
- Menggunakan API key dan token akses untuk keselamatan data.
- Perlindungan data dan peranti daripada capaian tidak dibenarkan.
1.1.8 Fungsi Tambahan
- Tiada had parameter dalam satu aliran.
- Data boleh dihantar ke pelayan pihak ketiga.
- Data boleh dimuat turun dalam CSV atau JSON, atau dihantar ke e-mel secara berkala.
1.1.9 Sijil Pemasang
- Pemasang perlu memiliki sijil sebagai “Pemasang Platform Favoriot” yang sah.
- Sijil pemasang perlu dilampirkan.
1.2 Pelayan (Server) untuk Platform
1.2.1 Pelayan untuk Front End dan Pangkalan Data
- Pemproses: 16 Teras
- Memori: 32 GB
- Storan: 640 GB
- Sistem Operasi: Ubuntu 20.04 atau lebih baharu
1.3 Sensor Suhu & Kelembapan Dalam Ruang Tanpa Wayar
Model: Unarvu UN-LORA-AT-RH-BATT
Spesifikasi Sensor:
- Teknologi: LoRaWAN®
- Julat Suhu: -5°C hingga +50°C
- Julat Kelembapan: 0% hingga 90% (tanpa pemeluwapan)
- Voltan Operasi: 3.6V DC
- Bateri: 1 × 4000 mAh
- Hayat Bateri: 3–4 tahun (setiap 1 jam penghantaran data)
- Perlindungan: IP67
- Saiz: 88.5 × 85.3 × 27 mm
- Pemasangan: Dinding
1.4 Gateway IoT Unarvu 4G-W
Model: UN-IOT-G-4G-W
Spesifikasi Gateway:
- Teknologi: LoRaWAN®
- Rangkaian: 4G LTE (CAT 1)
- Slot SIM: 1 (Micro)
- Protokol: MQTTs / HTTPs
- Bekalan Kuasa: Type-C 2A, 5.0V
- Antena: Monopole Luaran
- Julat Suhu: -10°C hingga +50°C
- Perlindungan: IP30
- Saiz: 110 x 75 x 24 mm
- Pemasangan: Dinding
Muat Turun Spesifikasi Favoriot